Berhadapan dengan cuaca sejuk serendah -15 celsius ramai kanak-kanak yang kejang dan ada juga dilaporkan meninggal dunia. Mereka ini merpakan pelarian dalam syria yang dhoif serta tidak mempunyai selimut, pakaian musim sejuk dan hanya berlindung didalam khemah yang tidak mampu memberikan haba. Justeru bantuan Wakaf Heater ini bukan sahaja mampu memanaskan badan bahkan berupaya menyelamatkan nyawa anak kecil yang tidak tahan dengan musim sejuk yang mencengkam.
MAPIM telah menghantar bantuan blanket dan juga set pemanas yang menggunakan minyak pada misi yang lalu namun masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelarian yang sangat banyak. Sebuah pemanas berupaya berkhidmat untuk sebuah keluarga Syria yang puratanya 6-7 ahli. Heater ini difokuskan untuk diletak di dalam rumah khemah.
MAPIM melantik BillPlz sebagai security payment gateway kepada bank terpilih.