Author Archive

Ambulans Wakaf Berbakti Tanpa Henti Di Syria

TUJUH buah ambulans yang diwakafkan rakyat Malaysia untuk kegunaan di Syria, digunakan tanpa henti selama 72 jam untuk membawa pesakit yang cedera akibat serangan di Kafarzeta dekat Hama semalam.

Ia menjadi antara kemudahan paling penting ketika serangan bertubi-tubi dilancarkan ke kawasan itu mengakibatkan orang awam cedera dan mencari tempat perlindungan.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata, pasukan Rescue Syria MAPIM yang berada di sana untuk misi bantuan berusaha memberi pertolongan sebaik mungkin kepada badan berwajib serta pertubuhan bukan kerajaan kerana keadaan yang begitu kritikal.

Katanya, ketika ini pasukannya yang berada di Syria sejak minggu lalu berada di Idlib yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kafarzeta, lokasi yang menjadi tumpuan serangan selepas Ghoutah.

 “Kami memang dalam perjalanan ke sini untuk menghantar bantuan ubat-ubatan, selimut dan lain-lain lagi.

“Setakat ini pasukan Rescue Syria MAPIM bersama NGO lain berada di sini untuk membantu di hospital di Hama dan menguruskan bantuan. Ambulans wakaf ini sudah tiga hari beroperasi tanpa henti untuk hantar lebih kurang 80 mangsa,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau yang juga Ketua Misi Rescue Syria MAPIM berkata, hasil maklumat agensi setempat, akan berlaku pertambahan pelarian di kem penempatan ekoran serangan itu dan ia akan memberi tamparan ke atas misi kemanusiaan yang sedang dijalankan.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan cuaca sejuk yang melanda kawasan itu dengan suhu mencecah 2 darjah Celsius, menyebabkan keadaan menjadi agak tegang dengan penduduk yang mencari tempat berlindung.

“Setakat ini, pertambahan pelarian kita jangkakan seramai 60,000 orang dan mereka memerlukan lebih banyak khemah untuk tinggal.

“Kita masih lagi kekurangan 650 khemah yang berharga RM2,500 setiap satu dan saya merayu sumbangan rakyat Malaysia ketika keadaan semakin genting ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari www.tabungsyria.com atau mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman https://www.facebook.com/MapimOfficial

 

Sumber : Harian Metro

—————————————-
2 CARA UNTUK MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-
1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030
.
Jazakallah
Ahmad Sani Araby
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

 

Kepungan Maut Rejim Syria

 

BAYI yang dikenali sebagai Bira’a al-Autayabani meninggal dunia kerana tidak mampu menahan kedinginan akibat cuaca sejuk yang melanda Syria ketika ini.

Kesengsaraannya memuncak apabila mengalami masalah kekurangan nutrisi akibat tidak mendapatkan makanan secukupnya bagi memberikan ia tenaga untuk terus bertahan daripada kedinginan.

Seandainya kita mendengar luahan derita rakyat Syria, sesungguhnya ketika ini mereka sedang cuba bertahan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan dibedil bom oleh tentera rejim Bashar Al-Assad dan sekutunya setiap hari.

Pastinya ramai yang terkorban, sama ada mati kesejukan, kelaparan atau akibat dibom. Kepungan yang setiap saat membawa maut, khususnya bagi kanak-kanak dan warga tua.

Sumbangan dan infaq sangatlah diperlukan untuk membolehkan team Rescue Syria menyiapkan beberapa project terdesak dan asas berjumlah RM2juta keseluruhannya. Sehingga saat ini, jumlah kutipan masih dibawah sasaran iaitu RM250,000.

Kepada yang berhasrat untuk menjadi sebahagian dari usaha ini Misi bantuan Kecemaasan RescueSyria ini,Boleh laksanakan tindakan mulia kalian saat selepas membaca post saya ini dengan INFAQ secara online menerusi

————————————–
2 CARA UNTUK MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-


1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030
.
Jazakallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

VIDEO TERKINI TEAM RESCUE SYRIA 9

 

VIDEO TERKINI TEAM RESCUE SYRIA

ALHAMDULILLAH Sumbangan kalian dapat terus ke tangan saudara Syria kita untuk fasa pertama misi kali ini. Insyallah besok team akan memasuki bandar Hama dan pinggir Aleppo untuk menghantar ubatan serta bantuan selimut. Kita masih kekurangan dana untuk menyiapkan 1000 khemah pelarian kepada keluarga yang homeless
.
Kepada yang berhasrat untuk menjadi sebahagian dari usaha bantuan Kecemaasan RescueSyria ini, Boleh laksanakan tindakan mulia kalian saat selepas membaca post saya ini dengan INFAQ secara online menerusi

—————————————-
2 CARA UNTUK MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-

1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶ www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030
.
Jazazallah
@SaniArabyAlKahery
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

[VIDEO] SINGGAH DI KEM PELARIAN SYRIA SEMPADAN LEBANON TENGAH MALAM RASAI SEJUK MENCENGKAM TULANG

 

[VIDEO] SINGGAH DI KEM PELARIAN SYRIA SEMPADAN LEBANON TENGAH MALAM RASAI SEJUK MENCENGKAM TULANG.
Walaupun anak kecil ini seronok sangat kerana ada org luar datang ditengah-tengah malam untuk bagi bantuan dan hadiah kepada mereka tapi saya ada kisah sebak yang saya saksikan sendiri. termenung juga bila fikirkan hal yang berlaku tadi.
Sedang ramai anak kecil syria ini beratur untuk saya berikan topi, sarung tangan dan coklat bar, ramai sekali bila dapat hadiah kecil kita ini, terus tekapkan muka lama pada hadiah ini, ada yang cium berkali2 dan ucap sebak ‘syukran ya maleysia’.


Ya Allah,

Apalah perasaan mereka selama ini hingga begitu besar sekali mereka menghargai pemberian kecil kita ini. Bagaikan menerima bju baru ketika Aidilfitri! Begitu juga orang dewasa yang kita hadiahkan makanan bersama ayam dan lainnya. Nampak mereka terima dalam keadaan kelu tak tahu nak kata apa. Ada seorang tua lelaki ini, saat saya serahkan ditangannya, terus sebak dan tadah tangan ucapkn doa yang baik untuk pemberi infaq ini.


Kerja belum selesai, baru bermula untuk misi kali ini, MAPIM fokuskan pembinaan yang long term seperti rumah, sekolah, telaga air serta lain-lain. Fokus team adalah 90% di dalam syria manakala 10% di kawasan sempadan.


Video ini nampak meriah kerana kami nyalakan unggun api untuk mereka berasa panas saat memberi hadiah. Bukanlah biasa untuk dibuat unggun api sebegini kerana minyak bakar juga adalah perkara paling berharga untuk sebuah keluarga ada untuk elakkan anak kecil dari mati kesejukkan. Ya cuaca ketika saya berada disini adalah 1c
.


TERIMA KASIH SAHABAT PENDERMA RAKYAT MALAYSIA. MOGA NAMA KALIAN DICATAT ALLAH SEBAGAI INSAN YANG EHSAN KEPADA SAUDADA YANG DERITA DIDOAKAN OLEH AHLI SYAM.
Kepada yang berhasrat untuk menjadi sebahagian dari usaha ini Misi bantuan Kecemaasan RescueSyria ini, boleh laksanakan tindakan mulia kalian saat selepas membaca post saya ini dengan INFAQ secara online menerusi


—————————————-
2 CARA UNTUK MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-


1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987


Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030

Jazakallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

Krisis Kemanusiaan Di Syria Genting

BEIRUT: Pengeboman bertalu-talu oleh tentera rejim Syria ke atas kawasan pemberontak di timur Ghouta menjejaskan operasi bantuan penting, sebuah kumpulan bantuan antarabangsa memberi amaran hari ini.

Menurut CARE International, serangan udara tanpa henti yang meragut lebih 220 nyawa dalam tempoh empat hari, menjadikannya amat sukar buat pekerja bantuan membantu anggaran 400,000 orang yang tinggal dalam daerah terkepung itu.

“Rakan kami agak sukar untuk bergerak, jadi bagaimana mereka boleh menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas?” soal pengarah komunikasi kumpulan itu untuk Syria, Joelle Bassoul.

Sebuah pusat komuniti disokong CARE di pinggir Douma antara bangunan yang dibom, memaksa mereka mendapat perlindungan bawah tanah.

Lebih 4,000 keluarga di Timur Ghouta hidup di tingkat bawah tanah dan kubu, menurut Save the Children.

Daerah itu, terletak di timur ibu kota Damsyik, sepatutnya menjadi satu daripada empat ‘zon gencatan senjata’ diisytiharkan tahun lalu dalam cubaan mengurangkan pertumpahan darah.

Namun rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad memperhebat pengeboman ke atas bandar di daerah itu dan turut menjalankan tentangan besar-besaran di zon lain, wilayah Idlib di barat laut.

Pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merayu gencatan senjata selama sebulan bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar dan penduduk yang sakit atau cedera dibawa keluar untuk menerima rawatan.

Namun semalam, Majlis Keselamatan gagal menyokong cadangan dikatakan sekutu rejim, Moscow, sebagai tidak realistik.

Bassoul memberi amaran, tanpa gencatan senjata, kesannya terhadap orang awam amat buruk.

“Jika tiada gencatan senjata, jika perkara ini tidak didengar, kita tidak dapat bayangkan skala bencana kemanusiaan yang berlaku,” katanya.

A New Home, Resettling Syrian Refugees to Canada

GENEVA, Feb 5 2018 (IOM) – At the end of 2015, the Government of Canada requested the International Organization for Migration (IOM) to support the Prime Minister’s commitment to admit 25,000 Syrian refugees from the Middle East. IOM quickly deployed logistics and operational staff from around the globe to complete the humanitarian operation which spanned three months from December 2015 through February 2016.

IOM worked closely with Immigration, Refugees and Citizenship Canada (IRCC), other relevant government counterparts, the Office of the United Nations High Commissioner for Refugees, and various implementing partners to register, process and move refugees from Lebanon, Jordan and Turkey.

 

78 Terbunuh, Rejim Syria Lancar Serangan

Sukarelawan perkhidmatan awam Syria dan paramedik membawa mayat seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di Hamouria, Ghouta Timur, Damsyik, kelmarin.

 

SAQBA, SYRIA 7 Feb. – Rejim Syria melancarkan serangan terbaharu di kawasan yang dikuasai kumpulan pejuang dekat Damsyik menyebabkan 78 orang awam terkorban, sehari selepas 31 orang awam terkorban di Ghouta Timur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu agar gencatan senjata diadakan terhadap perang yang telah berlarutan selama tujuh tahun bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Keganasan tercetus di Ghouta Timur dan Idlib, utara wilayah negara ini minggu ini iaitu zon pengurangan konflik yang dipersetujui melalui perjanjian pada tahun lalu dalam usaha menamatkan konflik berkenaan.

Sumber : Utusan Online

Education in Emergencies: Will Syrian Refugee Children Become a ‘Lost Generation’?

 

Over four million Syrian refugees have fled Syria since 2011, with the majority seeking refuge in neighbouring countries. Five years into the crisis, and with no foreseeable end, it is of grave concern that regionally about one million children are not attending school. To confront this crisis, numerous partners from the UN, international agencies, donors, governments and  NGOs are beginning to come together to prevent the escalation of a ‘lost generation’.

 

Over the past decade, education in emergencies has become a more prominent field in humanitarian discourse. It was a prime area of discussion at the Oslo Summit on Education for Development. The term broadly defined refers to the formal and non-formal education provision for children in areas of conflict or natural disasters.

 

Education is the first block in building a strong society, and without it there will be no doctors, teachers or engineers to help rebuild Syria,” says Alaa, a Syrian student at Za’atari refugee camp in Jordan.

 

Refugees are entitled to education as stated by the 1951 Convention Relating to the Status of Refugees, and the new UN Sustainable Development Goals have set out to ensure that all children gain access to inclusive and quality education. However, for this law to be reflected in practice and for this goal to be met, increased funding and cooperation is needed to ensure that all refugee children are able to access educational opportunities.

 

A number of actors take part in the education provision for refugees — from national governments, international organisations and NGOs, to civil society and local communities. The International Network for Education in Emergencies (INEE) was created in 2000 as a response to the growing need to improve coordination and collaboration of education provision. In 2004 it created a set of minimum standards for education provision in emergency settings for international, national and local actors to use as guidance. However, even though the value of education provision in emergencies contexts is entering the humanitarian debate more frequently, the field is still hugely underfunded with less than 2% of humanitarian aid being allocated to education in 2014.

 

A range of educational opportunities can be put in place for refugee children. Provisions can be made for children both in refugee camps and urban areas. There are a number of issues to consider when implementing policies and programmes, such as the most adequate curriculum for the refugees to follow, the language of instruction, school fees, transportation costs, and the recognition of qualifications and accreditations.

 

Alongside usual formal schooling, non-formal education programmes (NFE) can prove to be crucial as a way of attending to children who are unable to access mainstream systems. A number of actors, including the government, UN agencies, national organisations and community groups, implement these programmes. Usually NFE does not lead to certification. The programmes are flexible and can be tailored to a child’s specific needs, allowing students to catch up on learning or focus on specific areas such as literacy, numeracy and language skills at their own pace.

Host government education strategies in Jordan, Lebanon and Turkey

Neighbouring countries, Jordan, Lebanon and Turkey have taken in the highest number of Syrian refugees since the outbreak of the crisis. Jordan currently hosts 630,776, Lebanon 1,078,338 and Turkey 2,072,290.

Jordan

 

Syrians currently make up almost 10% of the Jordanian population. Although the country has one of the world’s largest camps for Syrian refugees, around 85% of the refugees live in urban areas. In 2014 less than 45% of school-aged Syrian refugee children were enrolled in formal schools. Syrian refugees are entitled to free primary and secondary education in Jordan regardless of their legal status. If places are available, they are able to attend schools in refugee camps and urban areas where they follow the Jordanian curriculum. The government has set up afternoon school shifts, as well as a range of non-formal education programmes. They have also implemented national strategies that include a Back to School campaign with the support of UNHCR, UNICEF, the World Bank and bilateral donors. The Jordan Response Platform for the Syria Crisis, led by the Ministry of Planning and International Cooperation, has adopted a resilience-based approach to the Syrian crisis and emphasises the need to build on and improve national education capacity to develop a more resilient education system in the long term.

 

Children inside a classroom at Za’atri refugee camp, host to tens of thousands of Syrians displaced by conflict, near Mafraq, Jordan

Lebanon

Syrians currently make up almost 25% of the Lebanese population. To date, around 71% of school-aged children displaced from Syria are unable to access any form of learning opportunities. As no formal refugee camps have been set up in Lebanon, children attend public or private Lebanese schools. Second shifts have been introduced for Syrian children where they are taught a simplified version of the Lebanese curriculum and non-formal education programmes attend to students who have been out of school for long periods of time. The Ministry of Education and Higher Education, with UN agencies, international donors and non-governmental organisations, has implemented the Reaching All Children with Education (RACE) strategy, which aims to provide 470,000 school children with access to education by 2016.

Turkey

 

Turkey has received the highest number of Syrian refugees since 2011, which currently makes up almost 3% of their population. During the academic year 2013–2014 an estimated 70% of Syrian school-aged refugees were out of school. Initially Turkish government response focused on attending to the Syrian refugees in camps. However, around 86% Syrian refugees now live in urban areas. Until recently, there has been little streamlining of the education curricula for Syrian refugees in Turkey. In refugee camps, Syrians are taught an adapted, non-accredited version of the Syrian curriculum in Arabic. In urban areas, Syrian children have the right to access formal education via the national education system where they are taught the Turkish curriculum. However, aside from the language obstacle, there are a number of administrative barriers refugees face to enrol their children in national schools. Alternatively, Syrians are enrolled in temporary Syrian schools, where they follow an alternative curriculum.

 

The complexities of education in emergencies

 

Education provision for refugees is a vast and complex topic. Once access is ensured, equity and quality are also vital areas that need to be addressed. All three neighbouring countries are introducing strategies to ensure that Syrian refugees can attend school. However, the extremely high numbers still not accessing educational opportunities indicates the need for urgent action.

 

The education of refugee children brings up many strategic questions: Should longer-term measures be implemented to allow refugee children to follow the host country’s curriculum? Or should parallel systems be set up to for children to follow an adapted Syrian curriculum? As this has now turned into a protracted crisis, implementing longer-term solutions appears to be crucial. The Office of the UN High Commissioner for Refugees advocates for the integration of refugees into national education systems. This strategy can help to address issues such as the recognition of qualifications and accreditations, it can encourage social cohesion between refugees and host communities, and it is seen as the most sustainable option.

 

When Kinana, 9, fled her home in Syria, she was devastated that her school bag was dropped during the chaos of the journey. Although her father only completed primary school, he is passionate about her education and dreams of her going to university one day.

There are a wealth of governmental organisations, international NGOs and NGOs responding to the Syrian refugee crisis and portals have been created to share data and reports. However, as these organisations often do not work to a common framework of education provision categories, it is difficult to compare the successes of strategies introduced locally, nationally and internationally. In order to get an accurate overview and determine the successful strategies of the various education measures being implemented, international organisations and national governments should agree on a common set of definitions for the different aspects of education provision.

The value of education for Syrian refugee children

There are humanitarian, economic and social reasons why it is vital for children to be provided with educational opportunities in emergency situations. Beyond providing them with literacy, numeracy and an array of crucial skills, schools can give social and emotional support to children, they can be safe and protective environments, and can provide children with hope and aspirations.

 

A new set of reports by Theirworld, A World at School and the Global Business Coalition for Education warn that children out of school are more likely to be at risk of child labour, early marriage, exploitation and extremism. Alaa, a student at the Za’atari refugee camp in Jordan, says “if we can at least get an education, we have a chance of being self-sufficient and providing for ourselves in the future.”

 

Not addressing the estimated one million Syrian refugee children missing out on an education could lead to detrimental long-term effects both in the host countries and in their home country, if the refugees are able to return.

 

Source : ourworld.unu.edu

 

 

 

Aleppo: Wajarkah Kami Bunuh Keluarga Sendiri Elak Dirogol Tentera Syria, Syiah?

Tulisan seorang gadis yang sanggup membunuh diri kerana tidak mahu menjadi mangsa rogol tentera rejim Syria dan anggota militan Syiah Hezbollah di Aleppo.

ALEPPO – Satu berita memeranjatkan dan menyentuh hati jutaan pembaca dilaporkan apabila sesetengah penduduk di timur Aleppo bertanya ulama, sama ada wajarkah mereka membunuh anak perempuan sendiri bagi mengelak menjadi mangsa rogol tentera rejim Syria, Hezbollah atau militan Iran.

 

Mesej terdesak daripada penduduk terbabit mula dikongsi di laman-laman sosial, tatkala tentera rejim Bashar Al-Assad dibantu kumpulan Syiah Hezbollah dan militan Iran, menawan Aleppo daripada pejuang dan penentang rejim.

 

Tentera dan sekutu mereka sebelum ini dilaporkan bertindak balas dengan membunuh puluhan sanak saudara dan rakan pejuang, termasuk wanita dan kanak-kanak, selepas menawan benteng akhir penentang rejim Syria.

 

Malah, dalam satu kiriman di laman sosial, seorang gadis menulis dia akan membunuh diri kerana tidak mahu menjadi mangsa rogol. Antara yang ditulisnya ialah:

 

“Kepada semua pemimpin agama dan ulama dunia. Kepada semua mereka yang kononnya memikul beban di bahu mereka. Saya adalah salah seorang daripada gadis Aleppo yang menanti dirogol dalam masa beberapa jam lagi. Tiada lelaki mahupun senjata di antara kami dan raksasa yang dipanggil tentera Syria.”

 

“Saya tidak mahu apa-apa daripada anda, juga tidak doa. Saya masih boleh bercakap dan percaya solat saya lebih ikhlas daripada anda. Apa yang saya mohon ialah jangan mengambilalih tempat Tuhan dan menghukum saya kerana membunuh diri.

 

“Saya akan membunuh diri dan saya tahu anda akan mengatakan takdir saya adalah di neraka. Saya tahu satu-satunya perkara yang akan menyatukan anda semua adalah seorang gadis membunuh diri. Saya bukan ibu atau kakak atau isteri anda. Saya hanya seorang gadis yang anda tidak hargai.”

 

Tentera rejim Assad, Syiah Hezbollah dan militan Iran dilaporkan membunuh 200 penduduk di Aleppo, termasuk wanita dan kanak-kanak, semalam.

 

Aktivis hak asasi kemanusian di Aleppo melaporkan, Syiah Hezbollah melakukan pembunuhan itu, termasuksembilan kanak-kanak dan empat wanita yang dibakar hidup-hidup.

 

Beribu-ribu penduduk Aleppo, kini melarikan diri, kerana bimbang menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Bashar dan Syiah Hezbollah.

 

Sumber : IsmaWeb