Author Archive

RescueSyria – Bayangkan yang menjerit itu adalah isteri & ibu kita tatkala melihat rumah hancur musnah dibom


Bayangkan yang menjerit itu adalah isteri & ibu kita tatkala melihat rumah hancur musnah dibom. Separuh gila menangis mencari anak-anak kesayangan yang ditimbus dalam runtuhan maut. 
Inilah suasana hiba perit dan getir yang dilalui saudara kita di Syria saban hari

TEAM RESCUE SYRIA AKAN MASUK SYRIA
sekali lagi pada januari ini untuk menghantar bantuan kecemasan musim sejuk syria yang dijangkakan sekarang sudah memasuki parah 3C dan boleh turun sehingga – 15C. Terima kasih kepada semua penderma yang telah menjayakan misi yang lalu. Biarpun kita xdapat selesai masal

ah, tapi kita menjadi sebahagian daripada yang membantu.
—————————————-
RAYUAN INFAQ DANA
MISI BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA MAPIM KALI KE-9 (Januari 2018)
—————————————-


Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987


Whatappskan resit infaq kepada link dibawah untuk rujukan MAPIM
www.wasap.my/60174744030

Jazakallah Malaysia! Ambulance MAPIM berkhidmat 16 jam sehari

Alhamdulillah Syukur dan bangga sekali
bila lihat Ambulance RescueSyria MAPIM dengan bendera Malaysia sedang berkhidmat bawa saudara Syria kita yang cedera dan memerlukan! Ini di kawasan Babulhawa berdekatan Idleb, Syria. Dari Malaysia kita berjasa kepada Ummah di seluruh dunia
.
5 buah Ambulance MAPIM berkhidmat 7 hari dan 24jam membantu mangsa perang sampai ke hospital dengan kadar sepatutnya disamping beri pertolongan segera menggunakan kemudahan dalam Ambulance. Terima kasih Malaysia
.
KAMI AKAN KEMBALI
—————————————-
HULURKAN BANTUAN UNTUK
MISI BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA KALI KE-9 (Ramadhan 2017)
—————————————-
Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Ini adalah suasana khemah pelarian MAPIM. Bantuan kecemasan diperlukan segera!

NI ADALAH KHEMAH REFUGEES MAPIM
hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. Team RescueSyria (MAPIM) binakhemah yang menempatkan lebih 1,000 pelarian di pinggir Lantakia,Syria awal tahun ini. Cuaca sekarang sudah terlalu sejuk namun bekalan dan kemudahan mereka masih kritikal.

Sehingga sekarang kita masih perlukan RM500,000 untuk membina tambahan 1000 khemah pelarian untuk mereka yg masih homeless.

MAPIM menghantar Ketua Misi RescueSyria yang kini berada di dalam Syria selama 7 hari untuk koordinasi misi dan penghantaran bantuan kecemasan.

BANTUAN ANDA MEMBERI KEHIDUPAN BERMAKNA KEPADA SAUDARA TERDESAK DI SYRIA
————————–
Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan:
.
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG  www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Mohon SHARE!

Sekolah Khemah MAPIM di Syria sesak dapat sambutan!


ALHAMDULILLAH
23 khemah pusat latihan sementara untuk pelarian syria digunakan begitu aktif dengan disediakan pelbagai aktiviti dan kursus jangka pendek untuk melatih pelariaan di dalam syria. Puas hati dapat tengok anak-anak bumi Syam tersenyum gembira bagai mereka terlupa segala kisah trauma yang pernah mereka lalui.

Terima Kasih Malaysia!
Rayuan Dana Bantuan Kecemasan untuk Misi Musim Sejuk kali ke-9 yang bakal dilaksanakan pada awal bulan november ini. Sebanyak RM500,000 diperlukan segera untuk mnghantar bantuan terdesak khususnya makanan, ubatan dankhemah pelarian. Hulurkan bantuan menerusi www.tabungsyria.com

SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan RescueSyria (MAPIM)
– Babulhawa, Syria

Murahnya harga nyawa di Syria

TIDAK dinafikan peperangan di Syria yang bermula sejak awal 2011 telah membawa bencana terburuk daripada segi material dan nilai kemanusiaan. Bukan hanya harta benda yang musnah tetapi kehilangan nyawa dilihat seolah-olah tidak ada penghujungnya.

Sejak peperangan itu berlaku, lebih 100,000 orang telah terbunuh dan majoritinya adalah dalam kalangan orang awam. Laporan daripada seorang pemerhati dari British bahawa seramai 140 orang telah terbunuh dalam masa dua hari pertama bulan lalu. Konflik itu kini telah menjadi bertambah serius.

Situasi itu secara tidak langsung menjadikan nyawa orang awam lebih ‘murah’, selain menambah jumlah harta benda yang musnah, termasuk kemudaha perubatan, semata-mata untuk mencapai matlamat perjuangan masing-masing.

Salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang berjaya memasuki Syria melalui Turki, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambarkan nyawa manusia di negara itu bagaikan telur di hujung tanduk.

Ini kerana, kata Pengarah Strategik Mapim, A. Sani Araby, sesiapa sahaja yang memasuki Syria akan menjadi sasaran, sama ada penembak curi, dibom oleh kereta kebal atau ditembak jet pejuang dan helikopter tanpa belas kasihan.

Malah, beliau berkata, mereka juga akan menjadi sasaran culik dan bunuh oleh puak-puak yang berkonflik itu.


“Saya bersama beberapa rakan telah berjaya memasuki Azaz, Syria pada Oktober tahun lalu melalui Turki turut merasai situasi yang amat menakutkan itu.

“Apa tidaknya, kami dipesan oleh juru pandu supaya berlari sekuat hati ketika melalui jalan tikus yang merupakan satu dataran luas, di mana di kiri dan kanannya adalah ladang angur. Di kawasan itu, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tembak curi. Tidak terkecuali kami juga,” katanya ketika ditemui di pejabat Mapim di Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menceritakan lagi pengalamannya di sana, sebaik sampai di Azaz, dia dan rakan-rakannya telah dibawa ke satu kawasan untuk melawat sekolah, rumah anak yatim dan kemudahan orang awam lain yang telah musnah akibat perang saudara itu.

Namun apa yang mengejutkan rombongan A. Sani, di Azaz sejak sekian lama rupa-rupanya tidak ada hospital di situ.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada masyarakat tempatan, difahamkan di situ adalah kawasan yang dihuni majoriti penganut Sunni.

“Mereka memberitahu kami, kemudahan perubatan yang paling dekat adalah di Alepo yang perjalanannya memakan masa lima jam atau pergi ke Turki,” katanya.

Justeru, pihak Mapim telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah hospital di Azaz kerana ia agak selamat berbanding di Alepo yang sering kali menjadi sasaran bom dan penembak curi pihak tertentu.

Jutawan Malaysia

Hasrat tersebut berjaya direalisasikan dengan keperihatinan seorang jutawan Malaysia yang sanggup mewakafkan RM3 juta bagi membolehkan hospital itu didirikan dan pembinaan itu akan mengambil masa 15 bulan untuk siap.

“Selain selamat, kami juga turut memastikan reka bentuk hospital itu berupaya melindungi pesakit jika diserang oleh puak-puak yang bertelingkah itu.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan sesiapa yang sakit atau cedera tanpa mengira latar belakang fahaman atau mazhab mereka, boleh mendapatkan rawatan yang disediakan,” kata A. Sani.

A. Sani turut menyatakan bahawa inisiatif itu telah memberi semangat keberanian kepada ketua doktor di Medical Point Marj Dabiq yang hanya dikenali sebagai Dr. Anas untuk mendapatkan janji daripada ketua puak-puak yang bertelagah supaya tidak menyerang hospital itu.

“Dr. Anas berjumpa dengan ketua puak-puak yang berperang itu untuk mendapatkan tanda tangan janji supaya tidak menyerang hospital itu dalam apa jua situasi,” katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140221/ba_04/Murahnya-harga-nyawa-di-Syria#ixzz51oTFKKnY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sekolah tajaan NGO Malaysia di Idlib dibom, 6 kanak-kanak maut

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah tajaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia di Idlib, Syria, dibom tentera kerajaan sehingga mengorbankan enam kanak-kanak, manakala puluhan lagi cedera.

Selasa lalu, Sekolah Syrian Al-Hayat tajaan Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sejak tahun 2013 itu diserang menggunakan bom tong, yang digugurkan daripada helikopter tentera rejim.

Sekolah yang mempunyai dua blok bangunan dan menempatkan 450 pelajar itu setakat ini menerima bantuan RM300,000, sumbangan rakyat Malaysia menerusi MAPIM dan MLL4S.

Ini adalah insiden kedua serangan membabitkan sekolah tajaan NGO Malaysia selepas kejadian di Ein-Jalut, Aleppo, April tahun lalu, yang mengakibatkan 30 orang, termasuk kanak-kanak dan guru terbunuh.

Pengarah Eksekutif Projek Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria MAPIM, Sani Araby Al-Kahery, mengutuk serangan itu yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran.

“Ini mengejutkan kita sebab kanak-kanak dijadikan sasaran oleh tentera rejim. Sekolah bukan tempat pejuang mujahidin dan bom itu tidak dijatuhkan secara rawak dari helikopter.

“Tentera rejim menyasarkan kanak-kanak untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan ibu bapa supaya tidak menentang kerajaan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, MAPIM menerusi Projek Rescue Syria merayu orang ramai menghulurkan sumbangan dana kecemasan untuk membantu warga Syria yang boleh dibuat melalui www.tabungsyria.com.

Idlib, satu daripada 14 wilayah di Syria, kini dikuasai kumpulan penentang kerajaan, yang berdepan tentangan tentera rejim selain militan Negara Islam (IS) yang cuba menguasai wilayah itu.

Konflik Syria sejak Mac 2011 bermula dengan penentangan sivil terhadap pemerintahan Assad sebelum bertukar kepada penentangan bersenjata pada tahun sama serta menyebabkan lebih 12 juta warga Syria terjejas.

Konflik perang saudara itu yang disifatkan sebagai krisis kemanusiaan terbesar dunia sejak Perang Dunia Kedua oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyebabkan lebih 220,000 terbunuh.

Sani berkata, dalam serangan di bandar Aleppo pada tahun lalu, bangunan sekolah terbabit dibedil dua peluru berpandu yang dilancarkan jet pejuang MIG tentera kerajaan.

“Ia berlaku lapan minit sebelum sukarelawan dari Malaysia tiba di tempat kejadian,” katanya menjelaskan keadaannya amat menyayat hati apabila ramai kanak-kanak terbunuh dengan banyak bendera Malaysia berserakan bersama mayat mereka yang terkorban.

MAPIM seru bantuan segera ke Aleppo


SEPANG 26 Dis – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa krisis di Aleppo, Syria.

Pengarah Strategik Mapim, Sani Arabi Abd Halim berkata, situasi kemanusiaan sangat genting di wilayah tersebut pada masa ini dengan jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang dan amat memerlukan bantuan makanan serta perubatan.

 

“Kami menguar-uarkan bantuan sumbangan dihulurkan untuk mangsa konflik di negara melalui akaun Maybank 5628 3463 6987 atas nama Syria Emergency Appeal Dana Mapim,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Syria di sini hari ini.

 “Dalam masa lima hari tabung derma untuk misi bantuan kecemasan Rescue Syria yang dilancarkan di media sosial sebelum ini berjaya mengutip sejumlah RM500,000,” katanya.

Sani yang mengetuai misi menghantar bantuan ke Aleppo bersama tiga yang lain berkata jumlah bantuan yang terkumpul itu bagaimanapun masih jauh daripada sasaran iaitu sebanyak RM2 juta.“Namun kita tidak mampu menunggu hingga sasaran tersebut dapat dikumpul memandangkan keadaan yang sangat genting di sana.

“Oleh itu kumpulan pertama ini yang diketuai saya sendiri akan berangkat dahulu ke Syria dan berada di sana selama 10 hari untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan termasuk rancangan pembinaan 1,000 buah khemah untuk pelarian bernilai RM50,000,” katanya.
Sani berkata, mereka akan turut mendapatkan bekalan perubatan dari Turki dan membeli makanan daripada petani di kawasan Syria yang tidak terjejas.

“Selain itu, rakyat tempatan juga akan menghadapi keadaan yang lebih sukar dengan kehadiran musim sejuk dan kita juga akan menghantar 3,000 selimut dan baju sejuk untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan adalah misi kali ketujuh dilaksanakan Mapim sejak tercetusnya konflik di Syria.

Jelasnya, rombongan yang kedua dijangka berlepas pada 15 Jan tahun depan dengan disertai 10 anggota Mapim. – BERNAMA

Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/mapim-seru-bantuan-segera-ke-aleppo-1.424657#ixzz51L29ocNS
© Utusan Melayu (M) Bhd