Blog

Laporan oleh:

TUJUH buah ambulans yang diwakafkan rakyat Malaysia untuk kegunaan di Syria, digunakan tanpa henti selama 72 jam untuk membawa pesakit yang cedera akibat serangan di Kafarzeta dekat Hama semalam.

Ia menjadi antara kemudahan paling penting ketika serangan bertubi-tubi dilancarkan ke kawasan itu mengakibatkan orang awam cedera dan mencari tempat perlindungan.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata, pasukan Rescue Syria MAPIM yang berada di sana untuk misi bantuan berusaha memberi pertolongan sebaik mungkin kepada badan berwajib serta pertubuhan bukan kerajaan kerana keadaan yang begitu kritikal.

Katanya, ketika ini pasukannya yang berada di Syria sejak minggu lalu berada di Idlib yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kafarzeta, lokasi yang menjadi tumpuan serangan selepas Ghoutah.

 “Kami memang dalam perjalanan ke sini untuk menghantar bantuan ubat-ubatan, selimut dan lain-lain lagi.

“Setakat ini pasukan Rescue Syria MAPIM bersama NGO lain berada di sini untuk membantu di hospital di Hama dan menguruskan bantuan. Ambulans wakaf ini sudah tiga hari beroperasi tanpa henti untuk hantar lebih kurang 80 mangsa,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau yang juga Ketua Misi Rescue Syria MAPIM berkata, hasil maklumat agensi setempat, akan berlaku pertambahan pelarian di kem penempatan ekoran serangan itu dan ia akan memberi tamparan ke atas misi kemanusiaan yang sedang dijalankan.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan cuaca sejuk yang melanda kawasan itu dengan suhu mencecah 2 darjah Celsius, menyebabkan keadaan menjadi agak tegang dengan penduduk yang mencari tempat berlindung.

“Setakat ini, pertambahan pelarian kita jangkakan seramai 60,000 orang dan mereka memerlukan lebih banyak khemah untuk tinggal.

“Kita masih lagi kekurangan 650 khemah yang berharga RM2,500 setiap satu dan saya merayu sumbangan rakyat Malaysia ketika keadaan semakin genting ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari www.tabungsyria.com atau mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman https://www.facebook.com/MapimOfficial

 

Sumber : Harian Metro

—————————————-
2 CARA UNTUK MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-
1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030
.
Jazakallah
Ahmad Sani Araby
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *