Blog

Laporan oleh:

 

[VIDEO] SINGGAH DI KEM PELARIAN SYRIA SEMPADAN LEBANON TENGAH MALAM RASAI SEJUK MENCENGKAM TULANG.
Walaupun anak kecil ini seronok sangat kerana ada org luar datang ditengah-tengah malam untuk bagi bantuan dan hadiah kepada mereka tapi saya ada kisah sebak yang saya saksikan sendiri. termenung juga bila fikirkan hal yang berlaku tadi.
Sedang ramai anak kecil syria ini beratur untuk saya berikan topi, sarung tangan dan coklat bar, ramai sekali bila dapat hadiah kecil kita ini, terus tekapkan muka lama pada hadiah ini, ada yang cium berkali2 dan ucap sebak ‘syukran ya maleysia’.


Ya Allah,

Apalah perasaan mereka selama ini hingga begitu besar sekali mereka menghargai pemberian kecil kita ini. Bagaikan menerima bju baru ketika Aidilfitri! Begitu juga orang dewasa yang kita hadiahkan makanan bersama ayam dan lainnya. Nampak mereka terima dalam keadaan kelu tak tahu nak kata apa. Ada seorang tua lelaki ini, saat saya serahkan ditangannya, terus sebak dan tadah tangan ucapkn doa yang baik untuk pemberi infaq ini.


Kerja belum selesai, baru bermula untuk misi kali ini, MAPIM fokuskan pembinaan yang long term seperti rumah, sekolah, telaga air serta lain-lain. Fokus team adalah 90% di dalam syria manakala 10% di kawasan sempadan.


Video ini nampak meriah kerana kami nyalakan unggun api untuk mereka berasa panas saat memberi hadiah. Bukanlah biasa untuk dibuat unggun api sebegini kerana minyak bakar juga adalah perkara paling berharga untuk sebuah keluarga ada untuk elakkan anak kecil dari mati kesejukkan. Ya cuaca ketika saya berada disini adalah 1c
.


TERIMA KASIH SAHABAT PENDERMA RAKYAT MALAYSIA. MOGA NAMA KALIAN DICATAT ALLAH SEBAGAI INSAN YANG EHSAN KEPADA SAUDADA YANG DERITA DIDOAKAN OLEH AHLI SYAM.
Kepada yang berhasrat untuk menjadi sebahagian dari usaha ini Misi bantuan Kecemaasan RescueSyria ini, boleh laksanakan tindakan mulia kalian saat selepas membaca post saya ini dengan INFAQ secara online menerusi


—————————————-
2 CARA UNTUK MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM)
—————————————-


1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987


Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 017-4744-030

Jazakallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *