Blog

Laporan oleh:

Pergunungan Qaraun adalah salah satu kawasan pelarian Syria yang baru dibuka dan berada di sebelah barat Beqaa Lebanon,ahli aktivis Misi Rescue Syria MAPIM berkesempatan meninjau serta melihat kawasan di sekitar kem ini yang dibawa oleh NGO tempatan.

“Di pergunungan ini sememangnya sangat sejuk mencecah 1 darjah celcius di siang hari dan negatif 3 darjah di sebelah malam, team Rescue Syria MAPIM terpaksa memakai dua lapis jaket beserta topi dan sarung tangan , berbeza dengan pelarian syria disini dimana kita melihat kebanyakan pelarian disini masih kekurangan pakaian sejuk terutama bagi kanak-kanak,selain faktor makanan serta khemah yang tidak mempunyai pemanas atau dinding penebat haba”.-kata ketua misi rescue syria MAPIM (Dr).Sani Araby Al-Kahery

Peperangan yang masih berlanjutan di Syria menyaksikan keseluruhan kawasan bandar serta daerah kini seumpama bandar berhantu yang sunyi sepi ditinggalkan lanjutan faktor keselamatan, ditambah pula faktor musim sejuk yang sedang dialami di syria.Keadaan ini telah menjadikan jumlah pelarian semakin bertambah kerana mencari tempat perlindungan daripada serangan regim Basyar Assad selain  mencari sumber makanan terutama bagi anak-anak pelarian ini.

keadaan musim sejuk yang melepasi paras negatif mengundang derita kepada para pelarian terutama bagi kanak-kanak. Faktor makanan yang begitu kurang memungkinkan  bagi anak-anak ini mendapat zat yang seimbang dan mudah untuk menerima penyakit  sekaligus berhadapan dengan kematian.Statistik yang dikeluarkan oleh UNHCR melaporkan lebih 50 kes kematian dicatatkan bagi kanak-kanak ketika musim sejuk.

Ahli Rescue Syria MAPIM berjaya menyalurkan bantuan fasa pertama secara terus berbentuk food pack terdiri darpada makanan harian, blanket dan minyak gasoline. Bantuan ini mampu memanfaatkan lebih tiga ribu pelarian.

MAPIM menyeru rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kecemasan untuk pelarian Syria kerana masih terlalu banyak kekurangan untuk kelangsungan kehidupan mereka khususnya saat musim sejuk ini. aMAPIM mensasarkan sumbangan  2 juta ringgit dari rakyat Malaysia sepanjang misi ini.

Bantuan kepada mangsa perang di Syria boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic Rescue Syria Mapim, no akaun 5628-3463-6987 atau layari laman web www.tabungsyria.com untuk infaq online

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *