Blog

Laporan oleh:
Sukarelawan perkhidmatan awam Syria dan paramedik membawa mayat seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di Hamouria, Ghouta Timur, Damsyik, kelmarin.

 

SAQBA, SYRIA 7 Feb. – Rejim Syria melancarkan serangan terbaharu di kawasan yang dikuasai kumpulan pejuang dekat Damsyik menyebabkan 78 orang awam terkorban, sehari selepas 31 orang awam terkorban di Ghouta Timur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu agar gencatan senjata diadakan terhadap perang yang telah berlarutan selama tujuh tahun bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Keganasan tercetus di Ghouta Timur dan Idlib, utara wilayah negara ini minggu ini iaitu zon pengurangan konflik yang dipersetujui melalui perjanjian pada tahun lalu dalam usaha menamatkan konflik berkenaan.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *