Blog

Laporan oleh:

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 penduduk awam terbunuh semalam dalam serangan udara tentera Syria ke atas wilayah dikuasai pembangkang di utara negara itu, kata pemerhati perang.

Siri pengeboman dilancarkan di beberapa kawasan di utara Aleppo dan Idlib, lokasi tentera yang disokong Russia bertempur dengan pemberontak dan militan.

“Serangan rejim mengena dua kampung di selatan Aleppo, menyebabkan 15 penduduk awam terbunuh,” kata ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman.

Di wilayah Idlib, serangan udara tentera kerajaan mengorbankan lima penduduk awam di bandar Saraqeb, kata SOHR.

Wilayah berkenaan ditawan kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang dikuasai sekutu al-Qaeda di Syria.

Tentera kerajaan melancarkan serangan lewat Disember untuk menawan semula beberapa wilayah Idlib dan menjamin keselamatan jalan raya menghubungkan selatan Aleppo ke Damsyik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *