Blog

Laporan oleh:

BELGRADE: Sekumpulan 11 pelarian warga Syria yang menumpang bot nelayan Itali, hari ini, diselamatkan di Laut Adriatik sebelum dibawa ke Montenegro, kata polis.

 

Keselamatan pantai Montenegro menghantar pasukan penyelamat selepas bot Erica berukuran 15 meter panjang berkenaan menghantar isyarat kecemasan berjarak 17 batu nautika (31km) dari pantai, lapor pengarah keselamatan maritim, Safet Kocan.

 

Kapal Itali yang membawa 17 pendatang berkenaan akhirnya diarah berlabuh di pelabuhan Montenegro, Zelenika yang terletak dalam teluk Boka Kotorska.

 

Polis berkata, kira-kira 11 warga Syria berada dalam kapal itu bersama dua rakyat Monaco, dua dari Yaman, seorang warga Afghanistan manakala seorang lagi rakyat Pakistan, yang turut disertai sekumpulan kanak-kanak.

 

“Isyarat kecemasan diterima pagi ini dihantar bot memancing Itali, Erica yang meminta bantuan kerana ia hampir karam,” kata polis menerusi satu kenyataan.

 

“Siasatan mendapati, anak kapal Erica sebelum ini pernah membawa pelarian dari bot kembung kecil merentas perairan antarabangsa.”

 

Tidak seperti jirannya, Serbia dan Croatia, Montenegro, sebuah negara kecil Adriatik disifatkan tempat paling selamat bagi ratusan ribu pendatang dari Asia Barat, Afrika, Asia untuk menyeberangi Balkan menuju ke negara Barat.

Digelar sebagai ‘Laluan Balkan’, laluan berkenaan bagaimanapun ditutup pada 2016 apabila Turki bersetuju menyekat kemasukan pendatang sebagai balasan kepada batuan diterima daripada Kesatuan Eropah (EU) selain kemudahan perjalanan tanpa visa dinikmati rakyatnya.

 

Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *