Blog

Laporan oleh:
KANAK-KANAK Syria bermain di kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak di Harasta, di wilayah Gouta Timur, Syria kelmarin

BEIRUT 27 Jan. – Gencatan senjata yang dirundingkan oleh Rusia berkuat kuasa di Ghouta Timur, kubu terakhir kumpulan pemberontak di ibu kota Damsyik, dijangka memberi sedikit kelegaan kepada kira-kira 400,000 orang di kawasan yang mengalami masalah malnutrisi dan kekurangan perubatan yang teruk.

Menurut portal berita Al Jazeera, gencatan senjata itu perGhouta Timur berada di bawah pengepungan kerajaan sejak tahun 2013 diumumkan di Vienna, Austria selepas rundingan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara kerajaan Syria dan pembangkang berakhir tanpa sebarang kemajuan besar.

Namun wartawan Al Jazeera berkata, tidak semua puak pembangkang di Ghouta Timur menandatangani perjanjian itu dan tidak dapat dipastikan tempoh gencatan senjata akan berlansung.

Sepanjang dua bulan lalu, jet pejuang Rusia dan tentera Syria telah memperhebat serangan udara dan pengeboman di kawasan pemberontak itu.

Perjanjian itu dibuat ketika pihak pembangkang Syria mengumumkan rancangan untuk memboikot rundingan damai oleh Rusia di Sochi minggu depan.

Mereka menyifatkan rundingan tersebut merupakan usaha untuk menggugat inisiatif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memeterai perjanjian damai di wilayah bergolak itu.

“Kami mendengar banyak jaminan mengenai komitmen, tetapi tidak satu pun daripadanya yang benar-benar dilaksanakan mereka dihantar entah bagaimana,” kata Ahya al-Aridi, jurucakap pembangkang Syria, berikutan pengumuman itu.

“Kami sudah bosan dengan semua janji-janji palsu itu, kita memerlukan pembabitan sebenar, kita memerlukan komitmen yang sebenar,” kata jurucakap pembangkang Syria, Ahya al-Aridi kepada Al Jazeera.

 

Sumber : Utusan Online

—————————————-
1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 0194810025
.
Jazazallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *