Blog

Laporan oleh:

BEIRUT, Khamis – Dianggarkan kira-kira sejuta kanak-kanak pelarian Syria tidak mendapat pendidikan formal di Lubnan, Turki dan Jordan ekoran terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan hidup.

Menurut laporan bertulis Institut Pembangunan Luar Negara (ODI), kebanyakan kanak-kanak pelarian ini tidak mampu membayar pengangkutan mereka untuk ke sekolah.

Pengarah Eksekutif ODI, Kevin Watkins berkata, pelarian Syria memerlukan lebih banyak sumbangan bagi membantu memenuhi keperluan makanan dan dana asas lain.

“Jika anda sebagai ibu bapa berhadapan dengan pilihan sama ada membayar pengangkutan untuk menghantar anak ke sekolah atau bekalan makanan yang mencukupi, sudah pasti anda pilih makanan yang cukup,” katanya.

ODI berkata, lebih 500,000 pelarian Syria di Lubnan tidak mempunyai makanan yang mencukupi, dan 70 peratus daripada mereka hidup dengan pendapatan yang berada pada paras kemiskinan negara.

Hampir 90,000 pelarian yang bersekolah di Lubnan bakal berdepan dengan kehilangan tempat belajar berikutan kekangan dana yang dihadapi, kata laporan itu.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Lubnan, Elias Bu Saab menggesa pihak yang mahu menderma untuk menunaikan janji mereka pada Februari lalu bagi membiayai pendidikan kanak-kanak pelarian.

“Bagi pihak kami, kami akan melakukan apa yang termampu untuk memastikan setiap kanak-kanak pelarian ini menerima pendidikan di sekolah.

“Namun, kami tidak boleh melakukannya sendiri,” katanya.

Sumber : www.indahnyaislam.my

—————————————-
1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 0194810025
.
Jazazallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *