Blog

Laporan oleh:

DAMSYIK – Tahun lalu, video kanak-kanak lelaki Syria, Omran Daquneesh berlumuran darah dan debu dalam sebuah ambulans selepas berlakunya serangan udara di Aleppo menarik perhatian seluruh dunia.

Terbaharu, gambar seorang bayi yang mengalami masalah kekurangan nutrisi akibat perang saudara di negara itu pula tersebar sekaligus menimbulkan kesedihan di hati seluruh umat Islam.

Memetik Mirror News, gambar bayi lelaki berkenaan dirakam di sebuah hospital di Hamouria yang terletak di timur Damsyik.

Pihak hospital memaklumkan, bayi lelaki berkenaan hanya memiliki berat 1.81 kilogram, bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa usianya.

Gambar itu adalah gambaran menyedihkan yang menimpa golongan kanak-kanak di Syria, bahkan banyak lagi kesengsaraan yang dialami mereka tetapi tidak direkodkan.

Jika tahun lalu, video Omran Daquneesh yang viral kelihatan bingung dan terkejut sambil dilihat mengelap darah di kepalanya.

Berdasarkan rakaman video, Omran seolah-olah tidak menyedari kecederaan yang dialami. Omran dilihat menyapu debu di dahinya dengan tangan sebelum menyedari ia berdarah dan meletakkan semula tangannya kembali di paha.

Mengikut kenyataan Doktor yang merawat kecederaan di kepala Omran berkata, kanak-kanak itu bersatu semula dengan ibu bapanya dan semua anggota keluarga dipercayai selamat dalam serangan yang berlaku.

Perang yang tercetus di Syria sudah mencecah tujuh tahun menyaksikan beratus-ratus ribu penduduk terbunuh dan lebih sejuta rakyat Syria kehilangan tempat tinggal.

Sumber : Ismaweb

—————————————-
1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987
.
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@tabungsyria.com atau send whatapps ke no 0194810025
.
Jazazallah
SANI ARABY AL-KAHERY
Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *