Blog

Laporan oleh:

Lelaki Syria menunjukkan sisa-sisa roket yang dilaporkan dilancarkan oleh pasukan rejim di bandar Douma

 

DOUMA: Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk kanak-kanak menghadapi masalah pernafasan hari ini, kata pemantau, dalam serangan kimia oleh rejim Syria di wilayah yang dikepung pemberontak berhampiran ibu kota negara itu.

Pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad mendalangi beberapa serangan gas beracun dalam perang selama tujuh tahun itu.

Serangan hari ini menyasarkan bandar raya Douma di wilayah dikawal pemberontak di Eastern Ghouta, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

“Selepas tentera rejim membedil roket ke selatan Douma, asap putih merebak, menyebabkan 21 kes sesak nafas,” kata SOHR.

Wartawan AFP di hospital di bandar raya itu melihat orang ramai membawa bayi yang diselimut, bernafas menerusi topeng oksigen, sebahagian mereka menjerit.

Gadis dan lelaki duduk di atas hospital, mengalirkan air mata dan tidak berhenti batuk.

Doktor di hospital yang memperkenalkan diri sebagai Bassil, berkata pesakit mengalami gangguan pernafasan, sukar bernafas, batuk dan mata merah.

“Kami kesan mereka berbau seperti peluntur, klorin dan kami terpaksa menanggalkan pakaian mereka,” katanya.

Enam kanak-kanak dan enam wanita antara yang terkena kesan, kata SOHR

Sumber : www.bharian.com.my

—————————————-
RAYUAN INFAQ DANA
MISI BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA MAPIM
—————————————-


Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Whatappskan resit infaq kepada link dibawah untuk rujukan MAPIM
www.wasap.my/60174744030

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *