Blog

Laporan oleh:
RIBUT salji melanda kawasan sempadan Syria-Lebanon yang kerap digunakan pelarian Syria

Mayat 10 orang pelarian Syria termasuk dua orang kanak-kanak yang cuba memasuki Lebanon ditemukan dalam keadaan membeku di sebuah kawasan pergunungan berhampiran pos sempadan dengan Syria, semalam selepas ribut salji melanda laluan masuk penyeludupan itu.

Tentera Lebanon dalam satu kenyataan berkata, mereka sempat menyelamatkan enam pela­rian Syria daripada kawasan Masnaa tetapi seorang daripadanya meninggal dunia di hospital.

Tambah kenyataan itu, tentera turut menahan dua rakyat Syria atas dakwaan melakukan penyeludupan dan masih mencari jika ada pelarian yang terpe­rangkap atau terkorban.

Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan berdasarkan beberapa laporan, antara yang terkorban adalah seorang kanak-kanak.

Menurut Al-Jazeera, suhu di Lebanon turun sejak semalam ketika ribut melanda sempadan Lebanon-Syria menyukarkan kehidupan 357,000 pelarian Syria yang tinggal di kem sementara di Bekaa Valley, iaitu kira-kira 60 kilometer Masnaa.

Wakil Al-Jazeera di Lebanon melaporkan, pelarian Syria berdepan kesukaran sepanjang musim sejuk.

“Mereka tinggal di khemah yang diperbuat daripada plastik sekali gus menyebabkan mereka tidak mendapat perlindungan secukupnya daripada cuaca sejuk dan hujan,” katanya.

Pelarian Syria yang mahu memasuki Lebanon perlu membuktikan kepada pihak berkuasa bahawa mereka mempunyai sebab untuk berada di Lebanon seperti pemilikan hartanah, temu janji di kedutaan atau permit kediaman.

Bagaimanapun kebanyakan rakyat Syria adalah mereka yang melarikan diri daripada perang dan bakal berdepan dengan kemungkinan ditangkap oleh pihak berkuasa

—————————————-
RAYUAN INFAQ DANA
MISI BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA MAPIM
—————————————-


Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
.
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com
.
ATAU
.
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Whatappskan resit infaq kepada link dibawah untuk rujukan MAPIM
www.wasap.my/60174744030


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *